The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Monday, February 23, 2009

Dari Perancis Ke Jepun


Wah! Terpesona dengan suasana sekeliling. Eeemmm... ke mana ya Umi sekeluarga pergi ni?

Dialog dalam kereta.

Kakak : Abah kita nak jalan kat mana?

Abah : Ke Paris.

Along : Ke Paris!. Biar betul?

Abah : Kasi saspen sikit....

Abah : Lepas Paris, kita singgah ke Tokyo pula...heheheee...

Angah : Tak kan le.. naik kereta kot..

Abah : Abah pun tak boleh cerita banyak. Abah tak pernah pergi. Kita tengok sama-sama okey.

Umi : Umi tau! Umi tau! Kita nak ke Bukit Tinggi...

Abah : Yup betul tu... Berjaya Hills..

Dah dekat ni....

Beli tiket dulu.. dewasa RM10, Kanak-kanak RM8...
mahal tu!!!!

Colmar Tropicale


Oh... inilah Colmar Tropicale! Kalau nak tau, ia adalah tarikan utama di Berjaya Hills ini. Colmar ni merupakan satu perkampungan bercirikan senibina Perancis pada abad ke-16. Kelas gitu!...

Kalau nak merasakan suasana di Perancis di sinilah tempatnya. Tak payah terbang jauh-jauh. Dah sampai ni apa lagi, says cheese.. posing sakan le...heheheee...










Japanese Village


Kalau nak merasakan suasana di Negara Matahari Terbit, di sinilah tempatnya - Japanese Village. Sebelum tu, kita kenalah mendaki jalan yang agak curam untuk sampai ke perkampungan itu.



Persekitaran 'Japanese Village' amat redup sekali. Umi amat tertarik sekali dengan suasana alam semulajadi berlatarbelakangkan taman di Jepun, mendengar kicauan burung, melihat ikan-ikan koi berenang-renang di kolam dan yang pasti 'Japanese Tea House' serta taman botanikal. Wah meletuppp gitu!!!






Rabbit Park

Kakak : Umi nak tengok rabbitlah.

Umi : Kan dulu kita dah pegi tempat tu.

Kakak : Alaaah, nak tengok lagi!

Umi : Macamana abah?

Abah : Suka hatilah. Abah ikut aje.









Sunday, February 22, 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2008


Semalam telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2008 di sekolah Angah dan kakak. Umi dan adik turut menyaksikan kakak dan Angah merangkul Hadiah Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Tahun 2 dan 5 serta Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Islam untuk kakak dan Sains untuk Angah. Tahniah Umi ucapkan. Semoga lebih cemerlang lagi hendaknya.

Pada majlis tersebut kakak mengambil bahagian persembahan koir dengan lagu Gemuruh dan Batik. Sebelum itu, Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan.


Mesyuarat Agong PIBG

Lagu Gemuruh

Lagu Batik

Kakak terima hadiah

Angah dengan hadiahnya...congrats!!!

Monday, February 16, 2009

Angah, Mykad dan Dot dot dot


Apelah Jabatan Pendaftaran Negara ni, waktu puncak 1.00 - 2.00 petang tutup pulak. Waktu rehat... Sudahlah hujung minggu pun tutup. Anak yang bersekolah tentu menghadapi masalah berurusan dengan jabatan kerajaan ni.





Monday, February 9, 2009

Pedal Boat


Hari-hari cuti begini tak tahu nak buat apa. Bosan juga asyik duduk rumah aje. Setiap hari buat benda yang sama - suami ke tempat kerja, anak-anak ke sekolah, Umi hantar, ambik anak-anak sekolah dan memasak (hehehe... kekadang beli aje, mudah gitu).

Jadi kami pun ronda-ronda le ke Kuala Lumpur. Menuju ke Taman Tasik Perdana. Agak lama jugak tak ke sana... Apa yang ada ye??!!

Dah sampai pun...

Posing dulu.. meletop!
Posing depan pintu gerbang

Say cheese!! Tak pun...

Apa tu?

So sweet!!
Jalan-jalan sambil menjamu mata dan perut...hehehe...
Nak ke tasiklah Umi...

Kisah penuh dramatik.
Demi keselamatan

First time nak cuba..pedal boat

Mula-mula macam bagus

Alamak ke mana pedal boat ni..berpusing suda!!

Laluan dah tersasar dan lintang-pukang.. rileks ye Angah

Bilalah nak gerak betul-betul ni, Umi ooii..

Akhirnya

Sampai jua