The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Saturday, August 29, 2009

Sayonara Buat Sang Kancil

Kini semuanya tinggal kenangan.

Pada hari Rabu, 26 Ogos lalu, Umi serahkan Perodua Kancil Umi yang berusia 10 tahun kepada tuan punya pusat jualan kereta terpakai.

Walaupun agak sedih berpisah dengan kereta comel yang telah sekian lama berjasa kepada keluarga, namun sudah tiba masanya untuk Umi upgrade kepada kereta baru yang dapat memberi lebih keselesaan.

Bye bye...


Sunday, August 16, 2009

Semalam Di MS Garden


(Petang semalam)

Abah: Ha ni dah sampai sini kita nak buat apa Umi? Kita balik semula ke atau nak tidur di sini?

Umi: Alah... Dah jalan jauh-jauh ni takkan sekejap dah nak terus balik...

Abah: OK lah.


Abah: Kita bermalam di sini OK ke?

Kakak: OK!

Adik: Adik pun OK. Yeah...

Umi: Sukanya adik...


Kakak: Cantik tak jam yang kakak pilih kat bazaar tadi tu?

Cepatnya along mandi! Angah pulak tu tak sabar-sabar nak main computer game!

Abah: Sebelah tu shopping complex kan? Jom kita ke sana dulu. Lepas tu baru kita dinner.

Tengok gelagat adik semasa kat shopping complex tu!

Kakak pula temankan Umi shopping ye?

(Pagi tadi)

Abah: Kita siap-siap Umi. Sekejap lagi dah nak check out ni.

Angah: Angah kejap lagi tutup laptop ni. Dah last game ni.

Along: Sekejapnya kita kat sini Umi?

Adik: Kita dah nak kena balik ke Umi? Adik tak puas lah satu malam aje kat sini...

Abah: Adik esok kan nak sekolah... Lain kali kita bercuti lama-lama sikit.

Adik: OK lah. Sebelum tu adik nak mandi kat bath tub sekali lagi!

Saturday, August 15, 2009

Kejutan Buat Adik Dan Kakak


(Di dalam kereta)

Adik: Kita nak ke mana ni?

Abah: Kuantan.

Adik: Kuantan? Adik tengok sign board tu dari tadi tak ada sebut Kuantan pun?

Along: Adik tengok lah sebelah sana. Apa tu?

Adik: Yeah... yeah...

Kakak: Betul ke kita ke Kuantan naik kapal terbang Umi?

Along: Betul lah. Kan airport ni. Tak percaya ke?


Tengok tu, gembiranya adik!

Kakak pun gembira sama.

Umi: Inilah kejutan yang Abah cakap hari tu!



Abah: Kita minum dulu. Lepas minum nanti semua terus ke balai berlepas tau.


Adik: (Dalam hati) Hmmmm... Ini kejutan best ni... Yes! Yes!

Juruhebah terminal: Tuan-tuan dan puan-puan, sila ambil perhatian. Penumpang yang menaiki penerbangan FY ...



Macam tak sabar aje adik tu...

Angah: Perlahan sikit adik... Nanti tertinggal sebelah kasut tu...







Sunday, August 9, 2009

Sukanya Kakak Dan Adik...

Pagi tadi, kakak dan adik ajak abah temankan mereka ke padang permainan berhampiran rumah nenek.

Selepas bosan berbuai, kakak ajak adik bermain jongkang jongkit.

Adik: Perlahan sikit lah kakak!
Kakak: Adik takutke? Kita main gelongsor pulak lah...


Abah: Dah cukup lah tu... Nanti rosak pulak seluar tu.


Kakak: Gelongsor yang ini bolah abah?
Abah: Yang ini OK sikit.




video

Apa Yang Baru Di Rumah Nenek?

Kelengkapan bilik airnya yang baru.

Sinki dah baru.

Mangkuk tandas pun baru juga.

Sunday, August 2, 2009

Hari Jadi di Taman U


Pada 26 Julai lalu, abah bawa umi, along, kakak dan adik ke rumah kawannya di Taman Universiti. Kawannya itu mengadakan jamuan "house warming-up" di rumah baru beliau sempena majlis hari ulang tahun anaknya.

Angah tidak ikut sama kerana dia menyertai program teknik menjawab soalan UPSR anjuran sekolahnya.