Sunday, November 29, 2009

Ben 10 Hebat


Kami baru saja balik dari tengok Ben 10 The Power Of The Omnitrix di Kuala Lumpur Convention Centre sebentar tadi.





















Sunday, November 22, 2009

Saturday, November 21, 2009

Giliran Kakak Dan Adik Pula


Kalau semalam Angah yang dapat hadiah, hari ini giliran Kakak dan Adik pula.

Sekolah agama mengadakan majlis khatam dan hari kecemerlangan ilmu.

Selepas majlis khatam selesai, para hadirin pun menjamu selera. Ada yang mengambil kesempatan bertanya khabar dengan kenalan masing-masing

Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan termasuklah nyanyian nasyid oleh murid-murid.

Saat yang amat dinantikan ialah upacara penyampaian hadiah. Kakak dapat hadiah tempat pertama dalam kelasnya.

Kemudian, semasa penyampaian hadiah bagi pencapaian cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran, Kakak dapat hadiah lagi.

Dan dapat lagi.

Adik pun dapat juga. Sukanya dia.

Eh, Kakak dapat lagi.

Dan lagi.

Dan lagi...

Sebelum majlis bersurai, bunga telur pun di agih-agihkan kepada para hadirin.

"Banyaknya Kakak dapat hadiah," kata Adik.

Cuba teka siapa dapat banyak bunga telur?

Friday, November 20, 2009

Lagi Tahniah Angah!


Sambutan Hari Kanak-Kanak telah dianjurkan oleh sekolah Angah pagi tadi. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah persembahan pentas oleh murid-murid dan juga guru-guru.

Kemuncaknya ialah penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahun 6 yang tamat bersekolah rendah pada hari ini.

Dan syabas kepada Angah yang diumumkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak Lelaki Tahun 6.

Angah bergambar bersama trofi kecil, sijil dan hadiahnya setibanya di rumah

Tahniah Angah!


Saat nama-nama murid yang mendapat 5A dan 4A diumumkan di foyer sekolah pagi semalam

Inilah antara wajah-wajah ibubapa yang cemas menantikan keputusan anak mereka

Cikgu ni pun satu. Buat Umi tension habis. Kenapalah di antara 55 murid yang mendapat 5A, giliran yang ke 55 jugalah baru nama Angah dipanggil untuk naik ke pentas?

Angah bersama tiga rakannya yang juga mendapat 5A

Umi pun ceria dah, tak tension lagi ...