The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Sunday, July 18, 2010

Langkah Kanan!


Terlanjur menghantar Angah pulang, Umi sekeluarga merancang singgah ke Istana Seri Menanti. Rupa-rupanya di sana sedang berlangsung Pesta Persukuan Adat Perpatih. Langkah kananlah nampaknya! Ada pameran mengenai makanan, adat dan seni ke semua luak di Negeri Sembilan.


































Monday, July 5, 2010

Hari Terbuka Asrama


Selepas ke sekolah Kakak dan Achik Sabtu lepas, Umi bergegas pula ke sekolah Angah yang sedang menganjurkan Sambutan Hari Koperasi Dan Hari Terbuka Asrama.
Umi teruja sangat untuk ke sana, lebih-lebih lagi kerana ibu bapa dibenarkan meninjau keadaan tempat tinggal anak-anak mereka.
Semasa Angah mendaftar diri dulu, Umi tidak berkesempatan untuk menghantarnya ke asrama.















Sunday, July 4, 2010

Majlis Jalinan Mesra


Umi ke sekolah Kakak dan Achik sempena Majlis Jalinan Mesra yang diadakan semalam. Majlis tersebut memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan para guru tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Mula-mula Umi jumpa guru kelas Achik.

Kemudian guru kelas Kakak pula.


Gerai-gerai menjual dan mempromosi barangan serta perkhidmatan turut diadakan.


Achik tertarik dengan pameran buku yang ini.