Monday, July 16, 2012

Pertandingan Catur

15 Julai.

 Umi bangga dengan kebolehan Kakak dan Achik bermain catur. Siang tadi mereka mengambil bahagian dalam satu pertandingan catur bagi peringkat umur bawah 12 tahun.


 Ramai ibubapa yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka.



Syabas untuk Kakak kerana memenangi empat perlawanan dan tewas satu sahaja. 

Achik lebih bernasib baik kerana memenangi kesemua lima perlawanan. Tahniah! 


Apa? Adik pun nak masuk bertanding juga?

Sunday, July 15, 2012

Anugerah Kecemerlangan Akademik

13 Julai, Balai Berita.

 Along menerima cenderahati daripada Datuk Johan Jaafar, pengerusi Media Prima Berhad.

"Semoga terus berjaya!" Mungkin begitulah kata-kata pembakar semangat yang diungkap Datuk Johan. 

Along juga dapat kenalan baru. 

 Bersiap sedia untuk sesi bergambar.


 Esoknya keluarlah berita di Berita Harian dan Harian Metro.


Sunday, July 8, 2012

Hari Sukan Sekolah

Hari ini hari sukan di sekolah Kakak dan Achik. Umi dan Adik turut turun padang untuk memberi sokongan moral. Nenek pun ikut sama.