Friday, January 30, 2009

I See Angah

Malam Rabu lalu...

Abah : Besok Angah kena bangun awal tau.

Angah : Kenapa Bah?

Abah : Esok kita nak pegi Jabatan Pendaftaran. Nak buat IC tak?

Angah : Mestilah nak.

Umi : Kita kena pegi cepat sikit. Takut orang ramai kat sana. Lagipun Abahkan keja esok..

Angah : Yo lah...



Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti!

Sempena cuti Tahun Baru Cina ini, Umi sekeluarga sempat pulang ke kampung. Bukan kami saja, Pak Long dan keluarganya pun pulang menjenguk nenek.

Lihatlah aktiviti kami semasa cuti tu.......

Pak Long menebas semak-samun

Nak meracun pulak!

Umi tanam anak pokok cempedak

Hati-hati meracun tu!

Udin dan kakak main anak kucing ye

Penat-penat ni duduk berehat di pondok

Lepak-lepak sambil bergosipping

On the way balik ke rumah, kami ke rumah persinggahan Amin di Melaka. Jenuh juga le nak mencari rumah dia. Maklumlah first time kita pergi ke sana.
Luasnya halaman!!

Kemudian kami ke Port Dickson pula.......Amin sekeluarga check-in di Avillion Hotel, kami pula teruskan perjalanan pulang.
Borak-borak sambil makan sate

Friday, January 23, 2009

Hari Temu Mesra

Sekolah Along adakan Hari Temu Mesra Pelajar Tingkatan 3 pagi tadi. Ramai ibubapa hadir untuk mendengar taklimat dan berbincang dengan guru-guru kelas anak masing-masing.

Umi pun tidak ketinggalan. Bertanya pada gurunya tentang pencapaian ujian Along baru-baru ni. Heemmmmm....Along perlu lebih berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Tarikh Penting Tahun 2009

1. Program Kilauan Mutiara - 21 & 22 Feb / 28 Feb & 1 Mac

2. Program PATS - Sepanjang tahun

3. Program Teknik Menjawab (Kupasan Minda) - Mulai April - Julai

4. Program Minda Terbilang - 21 & 22 Julai

5. Program Pecutan PMR - 15 Sept

6. Majlis Restu PMR - 2 Okt / 6 Nov


KEM-KEM (HARI SABTU)

1. Science - 30 Mei

2. Smart English - 27 Jun

3. Geografi - 11 Julai

4. Sejarah - 25 Julai

Thursday, January 22, 2009

Fact II



Who invented the crossword puzzle?


It was Arthur Wynne, a newspaper editor who invented the crossword puzzle in 1913. He was searching for something 'fun' for his paper, New York World. The first crossword puzzle was published on 21 December and became an instant success.

Fact



What is the longest bone?


The spine is not the longest bone as it is made up of several smaller bones. The longest bone in the human body is actually the thigh bone, which is also known as the femur.

Saturday, January 17, 2009

'Road Run' 2009


Preeeettt!!!! Bunyi wisel Cikgu Hairol itu menandakan acara 'Road Run' 2009 pun berlangsung. Di hadapan pintu utama sekolah Angah, semua murid Tahun 3-6 berkumpul dan mereka dilepaskan peringkat demi peringkat.

Acara yang bermula pukul 8.40 pagi tadi turut disertai guru-guru sekolah bagi memantau pergerakan murid-murid melepasi tiga 'check point'. Murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga 50 dalam acara ini layak menyumbangkan mata kepada rumah pasukan masing-masing pada Hari Sukan nanti.

Bakal-bakal atlit negara sedang berlari-lari anak di hadapan rumah Umi.......

Tuesday, January 13, 2009

Gembira Hidup Ini....(Part 2)


HAPPY BIRTHDAY ANGAH!!!

Sebenarnya Umi dapat rasakan Angah seperti seorang yang tidak keruan aje hari ini. Hehehe... mesti Angah ingat Umi dan keluarga tidak ingat tarikh birthdaynya. Saja aje tu... buat-buat lupa.

Petang tadi selepas menjenguk adik di sekolah, Umi dan suami terus beli kek untuknya.

Selepas waktu maghrib, kami sekeluarga pun meraikan hari jadinya yang ke-12 tahun. "Dah besar anakku ini," bisik hati.

Semoga panjang umur dan murah rezeki serta hidup diberkati Ilahi. Amin.




Gembira Hidup Ini....(Part 1)

Petang tadi Umi menjenguk adik di sekolah. Ketika itu waktu rehat. Wah! Bukan main lagi adik berlari ke sana-sini.

Nampaknya tak perlulah Umi risau lagi. Dia sudah pandai membeli makanan di kantin dan bergaul dengan rakan-rakannya.








Saturday, January 10, 2009

Latihan 'Road Run' (Merentas Desa)

Sepuluh minit tadi kakak baru saja melintas di hadapan rumah

Pagi ini, sekolah Angah dan kakak mengadakan latihan 'road run'. Kat bandar ni 'road run' le pulak. Kalau kita tinggal kat kampung namanya merentas desa. Teringat Umi zaman sekolah dulu, siap lalu jalan-jalan kampung yang bertanah merah lagi tu.

Latihan ini merangkumi jarak 4km bermula di hadapan sekolah, meredah jalan-jalan di beberapa taman perumahan dan berakhir di tempat letak basikal sekolah. Murid-murid yang terlibat di dalam aktiviti ini terdiri daripada Tahun 3 hingga Tahun 6.

Ini merupakan tahun pertama kakak menyertai latihan 'road run'. Nampaknya kakak begitu teruja sampai berkali-kali mengingatkan Umi malam tadi agar kejutkan dia awal-awal pagi.

Angah pun...punyalah laju berlari sampai Umi tak sempat nak ambik gambar dia. Cayalah!!!....hehehe...

Tuesday, January 6, 2009

Doa Memudahkan Faham Dan Kuat Ingatan




Maksudnya :

Ya Allah! Terangkan pandanganku dengan kitab (Al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya dan lancar atau petahkanlah lidahku dengannya dan teguh hatiku dengannya dan percepatkan kefahamanku dengannya dan perkuatkannya keazamanku dengan daya kekuatan-Mu, maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau wahai Tuhan yang amat pengasih.

Ya Allah! Aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku maka kembalikanlah akan dia padaku ketika aku memerlukan kepadanya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Monday, January 5, 2009

Langkah Kembali


Hari ini Umi sungguh sibuk sekali! Awal pagi dah kejutkan anak-anak bangun dan bersiap ke sekolah.

Selepas menghantar Along dan Angah ke sekolah, Umi dan suami ke sekolah agama kakak dan adik pula bagi urusan pembayaran yuran. Agak memenatkan menunggu giliran....

Sebelah petang pula, Umi ke sekolah kebangsaan untuk berjumpa guru kelas adik. Sambil-sambil tu, dapat juga menjenguk dan temankan adik makan pada waktu rehat.



Friday, January 2, 2009

Adik Daftar Sekolah


Awal pagi lagi, Umi dah kejutkan adik. Hari ini adalah hari bersejarah apabila dia memasukki alam persekolahan.

Nampaknya adik dah tak sabar-sabar lagi nak masuk Tahun 1. Umi doakan adik berjaya dalam pelajaran ye!






Thursday, January 1, 2009

2009 Sudah Tiba


SELAMAT TAHUN BARU 2009!

Tentunya kedatangan tahun baru diharapkan akan memberi sinar yang lebih cerah kepada Umi, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Tiada apa yang lebih baik lagi daripada kurniaan Allah (s.w.t) agar badan sihat, rezeki murah, umur panjang dan keberkatan hidup dalam mengerjakan suruhanNya.

Tahun ini begitu penting sekali kerana dua orang anak Umi akan mengambil peperiksaan PMR dan UPSR.

Doa Umi agar mereka sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan pada hujung tahun ini.