Sunday, June 28, 2009

Hari Jalinan Mesra 2009


Hari Jalinan Mesra 2009 telah diadakan di sekolah anak-anak Umi semalam. Umi berkesempatan menemui guru-guru darjah Angah, kakak dan adik. Umi juga dapat berbincang mengenai perkembangan pelajaran dengan guru-guru mereka.




Wednesday, June 24, 2009

Along Pergi Kursus





Along menghadiri Kursus Kenaikan Pangkat KRS di SMK Rinching selama 3 hari bermula 22-24 Jun 2009. Semoga berjaya!

Terkini:
Along telah lulus kursus dan kini berpangkat Sarjan. Tahniah!


Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day



Selamat Hari Bapa!!! Ucapan ini Umi tujukan kepada suami. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Anak-anak pagi-pagi lagi dah bagi kad buat abah mereka. Umi, hanya ucapan pengganti diri...

Sunday, June 7, 2009

Komuter + Terminator

Anak-anak gembira betul hari ini. Umi bawa mereka ke Stesen Komuter UKM.

Tapi bukan naik yang ini... Ini ke Seremban.

Kita tunggu lagi.

Ha... yang ini baru betul. Mari naik anak-anak!

Penuh pulak... Penatlah berdiri Umi, keluh anak-anak.

Adik pun bosan, cuma bersandar kat Abah aje... Jealous benar dia tengok penumpang lain tu dapat duduk agaknya.

"Hah! Kita dah dekat ni!" Agaknya itulah kata hati Angah apabila menuding jarinya ke arah peta laluan Komuter.

Kami turun di Stesen Mid Valley.

Dan terus meluru ke mana ye? Golden Screen Cinemas la!


Wah! Ramainya orang beratur nak beli tiket... Mula-mula anak-anak nak tengok Night at the Museum 2, tetapi kerana full house sampai petang, kita pun buat pilihan kedua, iaitu...


Habis aje show, kita pun rush semula ke stesen Komuter. "Cepat anak-anak, kejap lagi keretapi sesak ni!" seru Umi.

Tu pun Komuter sampai.

Komuter dah sesak macam sardin pun... Berdiri lagi!

Raja Sehari Lagi




Pada 31 Mei yang lalu, Umi sekeluarga makan nasi minyak lagi. Kali ini kami berkunjung ke Segamat, majlis perkahwinan seorang lagi anak saudara.

Selamat Pengantin Baru Buat Elly & Suami! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.