Saturday, July 18, 2009

Laut Merah Yang Biru


Semalam abah ke pantai di belakang hotel, nak tengok apa keistimewaannya yang membuatkan ramai pengunjung ke situ.

Di sebelah sana kolam renang itulah pantainya.

Aduh panasnya... Di siang hari, suhu boleh manjangkau 40 darjah Celsius.

Tetapi air lautnya memang biru sungguh. Kata orang, langit yang biru tak berawan itulah yang menyebabkan air laut kelihatan biru sama.

Ada orang bersantai, ada yang menaiki bot.

Ada yang berenang dan menyelam di air yang amat jernih.

Selepas mengambil gambar ini, abah berteduh sahaja kerana panas yang amat terik. Tengoklah tu, nak buka mata pun susah. Lainlah kalau abah bawa kaca mata hitam...

Thursday, July 16, 2009

Lagi dari Sharm El Sheikh

Bilik hotel tempat abah menginap.



Di luar nampak pokok kurma.



Jalan sikit nampak Laut Merah.

Malam tadi abah dapat keluar makan di bandar. Orang berpusu-pusu walaupun dah lepas jam 12.

Bukan naik yang ni... Posing aje tu!

Tuesday, July 14, 2009

Abah di Sharm El Sheikh

Abah sampai di Sharm El Sheikh semalam. Ianya pusat peranginan moden berhampiran Laut Merah di Mesir. Ini gambar-gambar di sekitar hotel hotel penginapan, Crowne Plaza.




Thursday, July 2, 2009

Hari Temu Mesra 2009


Hari ini Umi telah pergi ke sekolah Along untuk menandatangani buku laporan akademik. Walaupun keputusannya agak membanggakan tetapi belum cukup cemerlang. Semoga Along lebih berjaya lagi dalam peperiksaan akan datang. Oleh itu rajin-rajinlah baca buku ye!!!