Sunday, October 25, 2009

Hari Sukan Pula!


Jika semalam Hari Sukaneka, hari ini pula ialah Hari Sukan di mana murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 mengambil bahagian.

Angah bersama rakan-rakannya dari rumah hijau menjadi johan acara tarik tali. Syabas!

Saturday, October 24, 2009

Hari Sukaneka


Walaupun ini hari Sabtu, pagi-pagi lagi Kakak dah ke sekolah. Hari ini Hari Sukaneka.



Sukaneka sekolah tahun ini diadakan dengan amat sederhana sekali. Rumah-rumah pasukan pun tidak dihias mana. Tak cukup budget agaknya.


Kemeriahannya jelas tidak seperti dulu. Antara puncanya ialah kerana ibu bapa tidak hadir sama untuk memeriahkan suasana. "Cikgu kata ibu bapa tidak digalakkan hadir untuk mengelakkan penyebaran wabak H1N1," kata Kakak.

Maksud tidak digalakkan tu macam tidak dibolehkan aje... Sebab itulah Abah ambil gambar Kakak dari luar pagar sekolah aje.


Namun ada jugalah seorang dua ibu bapa yang degil tu ...

Eh! Angah pun ada sama...

Thursday, October 8, 2009

Penantian Berakhir!


Semalam Umi sekeluarga menerima berita gembira. Penantian kami sekeluarga telah berakhir setelah menunggu hampir sebulan! Yang tentunya terlebih gembira tentulah kakak dan adik...

Warnanya hitam dan comel. Rasanya padanlah jika Umi memandunya... hehehe!!!


Sunday, October 4, 2009

Along Bertemu Along

Kami menghadiri jamuan Hari Raya bersama keluarga kakitangan NSTP semalam.

Dah kebiasaan di jamuan seperti ini, tentulah ada duit raya untuk kanak-kanak. Adik dan Kakak tak ketinggalan berbaris sama untuk menerima duit raya.

Ramai juga yang menderma kepada tabung bencana, yang antaranya ialah untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Pelbagai juadah dihidangkan. A&W ada, sate ada, nasi tomato pun ada. Macam-macam lagi ada.

Yang datang sungguh ramai, dan berbilang kaum pula. Ini pun 1Malaysia jugalah kiranya.

Artis pun ada dijemput untuk menghiburkan yang hadir dan menggamatkan suasana. Antara mereka ialah kumpulan Cham yang menjadi naib juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lepas.

Sporting juga kedua-dua anggota Cham ni - Along dan Azrul. Sudi mereka bergambar dengan Along, Angah, Kakak dan Adik. Eh, Along jumpa Along lah!

"Memang best," kata Adik.

Kenyang dah, terhibur dah, kami pun beredarlah...