Wednesday, March 31, 2010

Lembu, Oh! Lembu


Setiap kali kami menjenguk Angah di asramanya, pasti akan terserempak haiwan ini berkeliaran berhampiran sekolah dan kawasan persekitarannya.

Kdang-kadang seekor.

Kadang-kadang dua ekor.

Kadang-kadang banyak ekor.

Saturday, March 27, 2010

Hari Istimewa


Mesyuarat PIBG sekolah Kakak and Abang Chik diadakan siang tadi. Sejurus kemudian dilangsungkan pula Hari Kecemerlangan di mana hadiah-hadiah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya dalam akademik and kokorikulum. Angah, yang sekarang di Tingkatan Satu, pun hadir juga ke sekolah lamanya itu untuk menerima hadiah.

Angah membunuh masa di rumah sebelum ke sekolah.

Begitu juga Abang Chik dan Kakak.




Abah dan Umi sempat mengikuti baki-baki mesyuarat PIBG yang hampir tiba ke penghujungnya.

Adik pun ikut juga.


Angah dapat bertemu rakan-rakan sekolah lamanya yang kini di Tingkatan Satu di sekolah berlainan.






Mula-mula Abang Chik yang menerima hadiah. Sukanya dia.





Lepas tu giliran kakak pula.



Kemudian barulah Angah, yang juga menerima anugerah Tokoh Murid Kokorikulum 2009 dari Tuan Guru Besar.




Kakak ada juga terlibat sama dalam kumpulan muzik ini.


Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

Kenduri Kesyukuran & Potong Jambul


Malam Rabu yang lalu, Umi sekeluarga mengadakan kenduri di rumah Atuk Abah. Kenduri bersempena Umi selamat bersalin dan Along serta Angah berjaya dalam peperiksaan.

Tak lupa juga kenduri potong jambul Adik.