Monday, January 5, 2009

Langkah Kembali


Hari ini Umi sungguh sibuk sekali! Awal pagi dah kejutkan anak-anak bangun dan bersiap ke sekolah.

Selepas menghantar Along dan Angah ke sekolah, Umi dan suami ke sekolah agama kakak dan adik pula bagi urusan pembayaran yuran. Agak memenatkan menunggu giliran....

Sebelah petang pula, Umi ke sekolah kebangsaan untuk berjumpa guru kelas adik. Sambil-sambil tu, dapat juga menjenguk dan temankan adik makan pada waktu rehat.



Friday, January 2, 2009

Adik Daftar Sekolah


Awal pagi lagi, Umi dah kejutkan adik. Hari ini adalah hari bersejarah apabila dia memasukki alam persekolahan.

Nampaknya adik dah tak sabar-sabar lagi nak masuk Tahun 1. Umi doakan adik berjaya dalam pelajaran ye!






Thursday, January 1, 2009

2009 Sudah Tiba


SELAMAT TAHUN BARU 2009!

Tentunya kedatangan tahun baru diharapkan akan memberi sinar yang lebih cerah kepada Umi, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Tiada apa yang lebih baik lagi daripada kurniaan Allah (s.w.t) agar badan sihat, rezeki murah, umur panjang dan keberkatan hidup dalam mengerjakan suruhanNya.

Tahun ini begitu penting sekali kerana dua orang anak Umi akan mengambil peperiksaan PMR dan UPSR.

Doa Umi agar mereka sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan pada hujung tahun ini.