Sunday, December 16, 2012

Masa Untuk Pulang

9 Disember.

 Pagi-pagi lagi kami sudah berada di lapangan terbang. Angah pun masih kelihatan mamai lagi.


 Belum sempat pesawat berlepas, Angah dah pun dibuai mimpi.

"Nyenyaknya dia tidur," tegur seorang pramugari.


   



 Dah menjadi lumrah, masa berlalu dengan amat pantas sekali bila kita bercuti.




Betuk tak Adik?

Di Kolam Renang

8 Disember.

 Awal-awal lagi Adik dah kumpul barang permainannya.


 Nak bawa ke kolam renang rupanya...

Angah, Kakak dan Achik pun mandi sama.



  

 Berjam-jam mereka di dalam air.

  
Along sahaja yang tidak.

881 Meter Di Atas Paras Laut

7 Disember.

Dari Oriental Village, kami menuju ke puncak Gunung Raya.
Dengan ketinggian 881 meter, ia adalah puncak tertinggi di Langkawi.




 Kami naik ke menara pemandangan.

  Hawanya sejuk, udaranya amat menyegarkan.


Minuman ringkas pun ada disediakan untuk pengunjung rupanya.



  Pemandangan dari menara memang sangat indah.




   
Semasa menuruni gunung, kami sempat singgah di tempat ini.