Tuesday, April 2, 2013

Sanah Helwah Ya Zakwan


Adiklah orang yang paling suka dengan kek. Ahad lepas, dialah yang paling awal mengadap kek hari jadi Achik.

Ulang tahun hari lahir Achik ialah semalam, tetapi Umi sambutnya pada hari Ahad kerana Angah dan Kakak masih ada di rumah sempena cuti sekolah.

 Sanah Helwah Ya Achik!





Tuesday, March 5, 2013

Sokongan Moral Untuk Angah

2 Mac. 
Malam minggu lalu, kami menginap di Pulau Pinang. Adik suka tempat ini.

"Ada ikan," kata Adik. 


Keesokannya paginya (Ahad), Abah pandu kereta arah ke utara. 

 Kami menuju ke Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.


Di dalam dewan inilah Angah dan orkestra sekolahnya membuat persembahan di Festival Wind Orchestra SBP 2013. 




Inilah orkestra sekolah Angah sedang membuat persembahan. Kami hadir untuk sama-sama memberi sokongan moral.

Secara keseluruhannya, pertandingan tahun ini tidaklah semeriah tahun lalu.


 Namun, bila tiba masa untuk sesi bergambar, Angah dan rakan-rakannya tetap kelihatan ceria sekali.






   Adik pula amat popular di kalangan rakan-rakan Angah.


Saturday, February 16, 2013