Sunday, November 16, 2008

Moga Cepat Sembuh!



Ketika itu hujan lebat, Umi sekeluarga singgah di Kopitiam. Ia hanyalah kebetulan sahaja. Nak tahu di mana?



Sebenarnya, Umi melawat anak saudara yang ditimpa kemalangan di sebuah hospital. Kecederaan yang dialaminya memungkinkan dia ditahan di hospital agak lama. Umi berasa sedih kerana ia berlaku ketika dia masih lagi menduduki peperiksaan di kolejnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tentu dia lagi berasa sedih dengan keadaan itu. Namun, di waktu begini kesihatan diri perlu diutamakan. Moga dia tabah... Umi doakan agar cepat sembuh dan dapat meneruskan kuliah seperti biasa.


Friday, November 14, 2008

Kembali Senyum


Hari terakhir persekolahan bagi tahun 2008!! Pagi-pagi dah kemas buku. Gigih gitu walaupun hanya ke sekolah tadika.

One big smile

Sempat lagi satu pose gitu!

Posing dengan rakan-rakan

Sijil Tadikaku.. Kenangan gitu!!


Rupa-rupanya adik juga mendapat hadiah tempat pertama peperiksaan akhir tahun di tadikanya.


Tersenyum malu

Semalam Angah dan kakak telah menerima hadiah di sekolah mereka. Angah mendapat hadiah Johan bagi Kuis Sains & Matematik dan Johan bagi Pertandingan Catur.

Tersenyum girang

Manakala kakak mendapat hadiah tempat pertama di sekolah agama dan tiga hadiah mata pelajaran terbaik. Tahniah Umi ucapkan kepada semua anak-anak Umi ye. Kerana Buat Yang Terbaik!!!

Tersenyum simpul

Inilah rupa hadiahnya

Wednesday, November 12, 2008

Penghargaan & Saguhati



Kakak menerima trofi penghargaan Pengawas Sekolah 2008 dan hadiah saguhati sempena Pertandingan Cari Barang Sembunyi Anjuran PIBG 2008. Tahniah ye!!


Smile....

Hadiah pemadam pensil