Monday, December 29, 2008

Raja Sehari

Direnjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Sabtu lalu, Umi dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki sepupu di Johor Bahru. Gambar-gambar di bawah menceritakan kemeriahan majlis tersebut.

Kakak berposing depan pelamin yang sedang ditata rias

Ahli keluarga kesayangan

Ibu pengantin dan iparnya

Majlis bacaan Surah Yasin dimulakan waktu pagi

Ready, Senyum!

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA JOHARI DAN ISTERINYA. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.


Kumpulan kompang pun ada

Duduk pengantin atas pelamin
Pengantin berdebar menanti waktu ditepung tawar

Pengantin bersama ahli keluarga

Mak Long siap untuk menepung tawar pengantin

Kakak dan dua pupu-pupunya

Eee... Umi seorang je yang senyum!

Sabar ye, kita posing dulu!

Siap berkaraoke tu!

Senyum ye!

Posing lagi!

Sepupu dan anak-anaknya

Aisyah kenapa tak makan bubur pulut hitam?

Ahli keluarga tersayang!

Kesayanganku!

Salam Maal Hijrah 1430H





Assalamualaikum,



Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 1430 Hijrah dalam kalendar Islam. Selamat menyambut Maal Hijrah.


Semoga Umi dan keluarga mendapat keberkatan dan kesejahteraan dari Yang Maha Esa.


DOA AKHIR TAHUN.

Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad (s.a.w) serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
DOA AWAL TAHUN.
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad (s.a.w) dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.
Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Monday, December 22, 2008

Jom Jalan-jalan



Umi ajak sepupu ke Putrajaya sebelum mereka pulang ke Singapura semalam. Cuaca agak panas dan kebetulan ada sambutan karnival di sana.


Umi : Kak, sebelum akak balik kita ke Putrajaya dulu. Nak tak?

Kakak : Emmmm... Kena tanya abang dulu.

Abang : Tak menyusahkan ke?

Umi : Tidak. Putrajaya pun tak jauh dari sini. Jom jalan-jalan.












Saturday, December 20, 2008

Salam Kuala Lumpur

Suasana di Sunway Pyramid

Sempat bergambar

Semalam sepupu Umi sekeluarga tiba dari Singapura. Umi merancang membawa mereka ronda-ronda sambil membeli-belah di Kuala Lumpur. Tempat yang kami tuju ialah Sunway Pyramid.

Jom bergambar

Meriah betul di situ

Wah! Nampaknya shopping centre tu, sibuk betul dek kerana sambutan perayaan Hari Natal yang bakal tiba tak lama lagi.

Di kesempatan itu, kami juga berposing depan pokok krismas untuk kenang-kenangan.

Senyum semua....

Kat sini pun bole!

Kat sana pun bole!

Lepak-lepak sebentar

Tuesday, December 16, 2008

Buku Oh! Buku

Sempat lagi posing gitu

Hmmmmm...... beli buku sekolah pula. Mujurlah pagi tadi tak ramai orang kat kedai buku. Cepat aje. Happy sungguh adik. Tentu tak sabar-sabar nak masuk sekolah.

Buku-bukuku

Buku-bukuku

Alamak! Betul ke ni.. buku-bukuku?

Petang, Umi masak makanan favorite. Tentulah... LAKSA JOHOR.

Laksa dah terhidang

Monday, December 15, 2008

Tak Sabar Nak Ke Sekolah


Tengahari tadi Umi dan suami bawa anak-anak membeli-belah untuk persiapan ke sekolah. Ini persiapan untuk empat orang. Wah! Banyak belanja ni. Untuk adik sahaja, semua pakaian sekolah kebangsaan dan agama kena baru. Maklumlah, adik masuk Tahun Satu pada tahun hadapan.

Begitu juga, kain pengawas kakak kena tukar baru. Kakak dah tinggi. Along dengan angah kena juga ganti seluar dan kasut sekolah. Alamak, ter...lusuh suda!.

Jalan-jalan cari makan

Adik : Nak makan apa ni?

Angah : Dapat makan lauk ayam best ni.

Along : Apa-apa ajelah...

Kakak : Malasnya nak makan.

Akhirnya......

Nasi kukus ayam goreng berempah....sedapnya!

Alamak ter....licin suda!

Sampai rumah aje adik nak try baju

Smartnya dia

Kakak tolong pakaikan butang

Tak sabarnya nak ke sekolah!