Monday, December 15, 2008

Tak Sabar Nak Ke Sekolah


Tengahari tadi Umi dan suami bawa anak-anak membeli-belah untuk persiapan ke sekolah. Ini persiapan untuk empat orang. Wah! Banyak belanja ni. Untuk adik sahaja, semua pakaian sekolah kebangsaan dan agama kena baru. Maklumlah, adik masuk Tahun Satu pada tahun hadapan.

Begitu juga, kain pengawas kakak kena tukar baru. Kakak dah tinggi. Along dengan angah kena juga ganti seluar dan kasut sekolah. Alamak, ter...lusuh suda!.

Jalan-jalan cari makan

Adik : Nak makan apa ni?

Angah : Dapat makan lauk ayam best ni.

Along : Apa-apa ajelah...

Kakak : Malasnya nak makan.

Akhirnya......

Nasi kukus ayam goreng berempah....sedapnya!

Alamak ter....licin suda!

Sampai rumah aje adik nak try baju

Smartnya dia

Kakak tolong pakaikan butang

Tak sabarnya nak ke sekolah!

No comments: