Semalam abah ke pantai di belakang hotel, nak tengok apa keistimewaannya yang membuatkan ramai pengunjung ke situ.
Di sebelah sana kolam renang itulah pantainya.
Aduh panasnya... Di siang hari, suhu boleh manjangkau 40 darjah Celsius.
Tetapi air lautnya memang biru sungguh. Kata orang, langit yang biru tak berawan itulah yang menyebabkan air laut kelihatan biru sama.
Ada orang bersantai, ada yang menaiki bot.
Selepas mengambil gambar ini, abah berteduh sahaja kerana panas yang amat terik. Tengoklah tu, nak buka mata pun susah. Lainlah kalau abah bawa kaca mata hitam...
1 comment:
biru btul laut tu...ya
Post a Comment