Saturday, August 15, 2009

Kejutan Buat Adik Dan Kakak


(Di dalam kereta)

Adik: Kita nak ke mana ni?

Abah: Kuantan.

Adik: Kuantan? Adik tengok sign board tu dari tadi tak ada sebut Kuantan pun?

Along: Adik tengok lah sebelah sana. Apa tu?

Adik: Yeah... yeah...

Kakak: Betul ke kita ke Kuantan naik kapal terbang Umi?

Along: Betul lah. Kan airport ni. Tak percaya ke?


Tengok tu, gembiranya adik!

Kakak pun gembira sama.

Umi: Inilah kejutan yang Abah cakap hari tu!



Abah: Kita minum dulu. Lepas minum nanti semua terus ke balai berlepas tau.


Adik: (Dalam hati) Hmmmm... Ini kejutan best ni... Yes! Yes!

Juruhebah terminal: Tuan-tuan dan puan-puan, sila ambil perhatian. Penumpang yang menaiki penerbangan FY ...



Macam tak sabar aje adik tu...

Angah: Perlahan sikit adik... Nanti tertinggal sebelah kasut tu...







No comments: