Kalau semalam Angah yang dapat hadiah, hari ini giliran Kakak dan Adik pula.
Sekolah agama mengadakan majlis khatam dan hari kecemerlangan ilmu.
Selepas majlis khatam selesai, para hadirin pun menjamu selera. Ada yang mengambil kesempatan bertanya khabar dengan kenalan masing-masing
Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan termasuklah nyanyian nasyid oleh murid-murid. Saat yang amat dinantikan ialah upacara penyampaian hadiah. Kakak dapat hadiah tempat pertama dalam kelasnya.
Kemudian, semasa penyampaian hadiah bagi pencapaian cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran, Kakak dapat hadiah lagi.
Dan dapat lagi.
Adik pun dapat juga. Sukanya dia.
Eh, Kakak dapat lagi.
Dan lagi.
Dan lagi...
Sebelum majlis bersurai, bunga telur pun di agih-agihkan kepada para hadirin.
"Banyaknya Kakak dapat hadiah," kata Adik.
Cuba teka siapa dapat banyak bunga telur?