Sabtu, 30 Oktober, jam 8 pagi.
Kakak: Kat mana kita ni Umi?Umi: Gua Musang.
Kakak: Haa... Kota Bharu arah ke kanan tu.
Selepas breakfast di R&R Gua Musang, kami meneruskan perjalanan ke ... Zon bebas cukai Rantau Panjang, 11.30 pagi.
Along macam boring aje dengan tempat ni...
Angah: Ha... Adik sembunyikan apa tu? Adik: Mana ada?
Rasa Umi berkenan ni...
Pengkalan Kubur, 4.30 petang
Umi: (hampa) Ala... kedai banyak dah tutup lah... Abah: Kita datang semula esok kot.
Umi: (girang) Bolehlah.
Ahad, 1 November, jam 8 pagi, dalam perjalanan ke Pengkalan Kubur semula di hari kedua.
Merentasi pintu pemeriksaan kastam ke zon bebas cukai
Mula-mula, banyak kedai belum dibuka
Bila yang ini dah memulakan perniagaan hari tersebut, tau tak siapa yang berkhemah di situ?
Kota Bharu, jam 12 tengahari
Abah: Eh, mana Pasar Siti Khadijah ni? La... dah terlindung kat belakang shopping complex ni rupanya. Last time ke sini dulu tak ada bangunan ni. Pesat juga pembangunan di ibu negeri Kelantan ni.
No comments:
Post a Comment