Puan guru besar berucap tentang prestasi UPSR sekolah pada tahun ini sebelum keputusan diumum pagi tadi.
Murid-murid Tahun 6 ini kelihatan berdebar apabila tiba masa untuk pengumuman nama-nama mereka yang mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Begitu juga para ibu dan bapa yang hadir.
Kelihatan terperanjat juga Kakak kerana dialah murid yang pertama sekali dipanggil untuk naik ke pentas dan menerima ucapan tahniah daripada guru besar. Tahniah Kakak!
Selepas itu barulah Kakak nampak lega sekali.
Umi pun lega juga...
1 comment:
nenek lagi la lega, pak long steady jek...ha3 tahniah la
Post a Comment