Sunday, December 29, 2013

Reunion Selepas Hampir Dua Dekad

28 Disember.

Setelah hampir dua dekad tidak bertemu, peluang untuk bersua semula rakan-rakan sekerja lama tidak mungkin Umi lepaskan. Begitu sebak rasa di hati apabila seorang demi seorang muncul di depan mata. 

Kami berpelukan erat, hati hanya tuhan saja yang tahu betapa kami merindui antara satu sama lain. Dek lama tidak berjumpa ada di antara kami yang berubah daripada segi fizikal namun ada yang masih maintain... hehehe.

Sebilangan besar pula sudah beralih dari kerjaya lama malah ada yang sudah pencen dan ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa termasuk Umi le tu.

Mengimbau kembali kenangan-kenangan lama menjadi topik perbualan utama kami dan Umi rasa masa berlalu begitu singkat sekali. Bilalah agaknya kami akan bersua kembali. 











Dahulu...

   Sekarang...


Bergambar bersama ex-boss kami















Ayu sungguh kami...


 Now still maintain... peace yoo!!! wakaka...


Thursday, December 26, 2013

Bila Bercuti, Masa Berlalu Dengan Pantas

16 Disember: Makan ayam penyet.

Sehari sebelum pulang ke tanah air, Umi pergi meninjau apa yang ada di Sun Plaza.

Lalu singgah di restoran ini untuk makan tengahari.






 
  Selesai makan, Adik kata dia nak naik keretapi pula.



17 Disember: Dah sampai rumah pun.




Bermalam Di Medan

Disember 15: Garuda Plaza Hotel.

Lewat petang kami tiba di hotel ini.


  
Ini pemandangan dari tingkap hotel.

Ini bilik tidur.





Adik usah tidur dulu. Kita nak pergi makan ni...

Pak Bangun bawa kami ke restoran ini untuk makan malam.






 Minuman ini Rasa Rasa namanya.