Tuesday, December 24, 2013

Dari Danau Toba Ke Medan Semula

15 Disember: Berpatah ke Medan.

Dalam perjalanan pulang ke Medan, bas kami singgah di sini.

Khabarnya di sinilah kilang membuat Ting Ting, Teng Teng, Pong Pong dan entah apa lagi namanya. Makan-makanan ini dikatakan amat popular di kalangan pelancong dari Malaysia.



Boleh cuba dulu sebelum beli.




Kakak tak minat itu semua. Dia beli seaweed rangup aje.



Kemudian bas singgah di sini untuk kami makan tengahari.









Mangkuk-mangkuk tu siap ada nama juadahnya sekali...






 Kebetulan ada disediakan kemudahan untuk kanak-kanak beriadah. Adik memang pantang nampak tempat macam ni...





Selepas berehat sebentar, kami naik bas untuk meneruskan perjalanan ke kota Medan. Dalam perjalanan, Abah sempat rakam signboard ini.

No comments: