14 Disember: Berastagi ke Danau Toba.
Selepas check-out dari Sinabung Hills Resort, Umi sempat bergambar dengan Farah dan anak-anaknya sementara menanti bas untuk perjalanan ke Danau Toba. Kami mengambil package pelancongan yang sama.
Di dalam bas, Pak Bangun terus ngobrol seperti biasa. Dia kerap bercerita tentang tempat-tempat yang kami lalui.
Bandar Berastagi dikelilingi gunung-ganang, katanya.
Perjalanan bas turut melalui pekan-pekan kecil. Di satu pekan, kami berhenti untuk membeli air dan makanan ringan.
Sepanjang jalan ke Danau Toba, jelas kelihatan yang aktiviti utama penduduk di sini ialah kerja-kerja pertanian.
Nah! Inilah Tasik Toba.
No comments:
Post a Comment