Sunday, January 20, 2013

Monday, January 14, 2013

Kek Untuk Angah

13 Januari.

 Abah beli kek untuk Angah sempena hari jadinya.


   Adik memang suka kek. Dialah yang kelihatan paling teruja sekali, seolah-olah itu kek hari jadinya pula.


  Semoga sihat selalu dan berjaya dalam pelajaran Angah!

 Umi ada juga belikan hadiah untuk Angah. Ianya tak seberapa, tetapi Umi harap dapat membantu Angah membahagi masanya di asrama dengan lebih baik lagi.

Monday, January 7, 2013

Kakak Kini Menetap Di Asrama

Sebelum ini Along dan Angah. Kini Kakak pula mengikut jejak langkah mereka dan tinggal di asrama.



Pagi tadi Umi hantar Kakak mendaftar di sekolah barunya di Cyberjaya.


Di sini ada kakak-kakak angkat yang membantu pelajar-pelajar baru mendaftar di Tingkatan Satu. Ini Kakak bersama kakak angkatnya, atau college sister (CS), yang bernama Umi juga.



  

Lama juga kami menunggu sebelum tiba giliran Kakak untuk mendaftar.


Seperti biasa, Adik tekun sungguh memerhati itu dan ini.


Kemudian kami jumpa guru kelas Kakak pula. Kakak belajar di Tingkatan Satu Elit.


Selepas itu kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengetua serta sepatah dua kata oleh yang di-pertua PIBG. Tetapi biasalah, manalah ada sepatah dua... Sampai tertidur Adik mengikutinya.


Nasib baiklah jamuan ada disediakan di kaki lima dewan. Bagus sekolah ni...


Sekolah baru Kakak memang menyediakan banyak kemudahan untuk pelajar-pelajarnya. Gelangang tenis ada, gelangang bola keranjangnya pun canggih. 


Kalau nak bermain boling padang pun boleh.

Komputer untuk kegunaan pelajar pasa masa-masa yang tertentu pun banyak.


 Bas lama ini pun masih di simpan di sekolah.

Selesai mendengar taklimat, semua pelajar baru membaca akujanji beramai-ramai. Mereka berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka dan keluarga, serta nama baik sekolah dan negara. 



Selepas itu, pelajar baru meneruskan urusan yang belum selesai. Antaranya ialah sesi mengambil gambar untuk pelbagai kegunaan di masa akan datang.



 Juga sesi mengukur saiz baju sukan, baju outing dan membeli lain-lain keperluan asrama dan sekolah. Kami juga sempat meninjau bilik Tingakatan Satu Elit. Meja Kakak berada di barisan hadapan sekali. 


Kemudian barulah kami menuju ke asrama. Kakak dapat rumah biru, sama dengan rumah sukannya semasa di sekolah rendah dulu.


Ini pemandangan dari pintu asrama tempat Kakak tinggal.



Untuk rumah biru, langsir, cadar dan sarung bantal semuanya berwarna biru. Tuala dan baldi pun biru juga. Pekara sebegini sudah menjadi lumrah di SBP sejak sekian lama. Nasib baik juga almari, katil, lantai dan dindingnya tidak dicat biru. 







Umi sempat ambil gambar Kakak bersama CS sebelum meninggalkan asrama. 

Selamat berdikari dan selamat maju jaya Kakak!