The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Friday, December 21, 2012

Adik Dah 3 Tahun Lah...

Hari ini (21 Disember) adalah hari ulang tahun Adik yang ketiga. Baru sebentar tadi Abah belikan kek untuknya. 







Wednesday, December 19, 2012

Berita Gembira Berganda Buat Kami


Ahad lalu, Kakak mendapat tawaran untuk ke Tingkatan Satu di SBP pilihannya. Gembira sangat dia. Tahniah Kakak!

Pagi tadi pula, Angah mendapat keputusan PMRnya. Dia dapat A dalam semua lapan mata pelajaran. Tahniah Angah! 

Waktu kami tiba di sekolah Angah, dewan sekolah masih lagi kosong.

 Letih juga kami mundar mandir menungu pihak sekolah memulakan majlis penyampaian slip peperiksaan kepada pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran.





 Dah hampir tengah hari, barulah majlis bermula. Apalah cikgu-cikgu ni...



 Ini Angah sedang menerima salinan keputusan PMRnya.


 Kemudian dia menyambut detik-detik kejayaan besama rakan-rakan, dan juga keluarga.

Kami semua tumpang gembira.

Sunday, December 16, 2012

Masa Untuk Pulang

9 Disember.

 Pagi-pagi lagi kami sudah berada di lapangan terbang. Angah pun masih kelihatan mamai lagi.


 Belum sempat pesawat berlepas, Angah dah pun dibuai mimpi.

"Nyenyaknya dia tidur," tegur seorang pramugari.


   



 Dah menjadi lumrah, masa berlalu dengan amat pantas sekali bila kita bercuti.




Betuk tak Adik?

Di Kolam Renang

8 Disember.

 Awal-awal lagi Adik dah kumpul barang permainannya.


 Nak bawa ke kolam renang rupanya...

Angah, Kakak dan Achik pun mandi sama.



  

 Berjam-jam mereka di dalam air.

  
Along sahaja yang tidak.

881 Meter Di Atas Paras Laut

7 Disember.

Dari Oriental Village, kami menuju ke puncak Gunung Raya.
Dengan ketinggian 881 meter, ia adalah puncak tertinggi di Langkawi.




 Kami naik ke menara pemandangan.

  Hawanya sejuk, udaranya amat menyegarkan.


Minuman ringkas pun ada disediakan untuk pengunjung rupanya.



  Pemandangan dari menara memang sangat indah.




   
Semasa menuruni gunung, kami sempat singgah di tempat ini.