Tuesday, November 17, 2009

Bandar Hilir Dan Cowboy



Melaka Bandaraya Bersejarah, 15 November 2009.

Terdapat banyak barang-barang lama dan kesan peninggalan sejarah di Bandar Hilir. Bangkai keretapi ada, bangkai pesawat pun ada.

Mungkin cuma beca sahaja satu-satunya alat pengangkutan lama yang masih berfungsi.

Yang pasti terdapat amat banyak muzium di sini. Bangunan yang di atas ini menempatkan Muzium Rakyat dan Muzium Kecantikan.

Ini pula Muzium Setem Melaka.

Yang ini Muzium Dunia Melayu Dunia Islam. Yang lain-lain termasuklah Muzium Samudera, Muzium TLDM, Muzium UMNO, Muzium Belia Malaysia, Muzium Sastera, Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Pendidikan Melaka, Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Al-Quran Melaka dan Muzium Islam Melaka. Muzium Chetti pun ada.

Bangunan yang putih ini pula ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

i. A'Famosa

Sisa-sisa kubu lama peninggalan Portugis ini merupakan kesan sejarah paling masyhur dan menarik ramai pelancong ke Melaka













ii. Istana Kesultanan Melaka

Ia merupakan replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456 hingga 1477. Ianya pun sebuah muzium juga, dan dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, ia mempunyai 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka.



Adik dan Angah pun nak jadi pengawal istana ke?


Upacara mengadap sultan di Balai Rong Seri.

Antara barangan yang dipamerkan termasuklah pakaian tradisional,

tengkolok raja-raja Melayu,

keris-keris,

barangan porselain

dan juga barangan emas seperti sangul.



iii. Dataran Pahlawan








iv. Cowboy Cilik



Apa macam? Real tak?

Laa... Replica kereta lembu rupanya...


1 comment:

fairus said...

JANGAN MALU JANGAN SEGAN.. SILA DATANG LAGI KE MELAKA.. :)