The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Saturday, November 29, 2008

Rumah Idaman


Pagi tadi, Pak Long membawa Umi sekeluarga meninjau rumah barunya di Mutiara Rini berdekatan Skudai, Johor Bahru yang rasa-rasanya boleh diduduki dalam masa tak sampai setahun lagi. Cantik...

Tak sabar ni nak duduk rumah baru

Friday, November 28, 2008

Anjung Warisan


Masih ingat lagi pada Toi AF6? Umi sekeluarga sempat bertandang dan makan malam di tempat pemain angklung bertaraf dunia pernah bekerja...

Lihat saja gambar-gambar di bawah....

Tak dapat bergambar dengan orangnya dengan banner pun jadilah..

Ayam penyek untuk Angah dan kakak

Mee goreng mamak untuk nenek

Mee hailam untuk Umi

Nasi goreng kampung untuk Along

Nasi goreng pattaya untuk adik

Wednesday, November 26, 2008

Sudah Satu Tahunlah!

Dah hampir setahun Umi tak ke Singapura. Kesempatan ketika cuti sekolah akhir tahun ini memberi peluang Umi sekeluarga melawat saudara-mara di sana.

Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya...



Makan tengahari di Ayer Rajah

Sepupu dan suami

Nasi ayam... yummy...

Rojak Mamak.. betul ke?

Pencuci mulut

On the way to Geylang Serai....
Nun di sana... Singapore Flyer
Kat Geylang Serai...

Shopping...Singapore Dollar le..


Dah selesai..

Makan malam di East Coast Food Village.

Klasik

Dah lapar ni..

Apa pun.. posing dulu..

Air kelapa muda...

Kepak ayam panggang bermadu

Siput sedut

Siput gongong... first time ni nak rasa..



Ketam masak lada hitam..

Sate, udang goreng tepung berkacang..licin habis

Lepas makan, time to lepak-lepak.

Posing lagi

Aishah bertemu Aishah

Di rumah kakak saudara di Teck Whye.
Lama tak jumpa..sudah satu tahunlah!


Sunday, November 23, 2008

Alahai! Malaysia


Pemandu Malaysia A1GP Fairuz Fauzy berada di kedudukan petak ke empat di awal perlumbaan feature namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila hanya menduduki tempat ke sepuluh di garis penamat.

Ikuti rentetan perjalanan Umi dan keluarga ke Litar Sepang...

Siap posing dengan tiket

Tol KLIA (Sepang)

Dah sampai pun...

Bersemangat nak sokong Malaysia!

Persiapan terakhir

Vroomm...Vroommm...
Adik macam frust aje...
Muka-muka kecewa...la..la..la..

Selepas perlumbaan di Sepang, Malaysia berada di kedudukan ke lima keseluruhan dengan mengutip 29 mata.

Saturday, November 22, 2008

Ustazah Naik Pelamin

Setiap hari kakak bertanya pada Umi jadi atau tidak kami ke majlis perkahwinan ustazahnya. Apabila tiba hari yang dinanti, kakak sungguh teruja!!!

Sebenarnya perasaan kami pun sama kerana tempat berlangsung majlis perkahwinan itu tidak pernah kami jejaki. Felda Lui Muda, Bandar Sri Jempol. Tentu ini satu pengalaman baru apabila perjalanan kami nanti hanya berpandukan sekeping kad jemputan. CAYALAH!!!
Kami bertolak pukul 10.30 pagi. Anggaran masa tiba di sana sebelum pukul 1.00 maka sempatlah kami melihat ustazah bersanding.

Kami memasukki Tol Senawang dan terus menuju ke Bandar Kuala Pilah. Perjalanan kami agak tersangkut-sangkut dek kenderaan yang banyak dan jalan berbukit ke Ulu Bendol.

Masa ni yang paling letih....ke Ulu Bendol

Selamat Datang Ke Kuala Pilah

Kami menarik nafas lega apabila tiba ke Bahau namun tidak lama kemudian baru kami sedari rupanya haluan kami tersasar menghala ke Gemas. Terpaksalah berpatah balik sambil meninjau papan tanda di kaki jalanraya.

Memang benar simpang yang sepatutnya kami masukki sudah terlepas. Eeemmmmm..... nampaknya masa kami terbuang begitu saja. Apabila sampai di Bandar Sri Jempol, kami menghela nafas lega. Betullah jalan ni...


Mercu Tanda Za'aba di Bandar Sri Jempol

Akhirnya kami sampai ke rumah ustazah pada pukul 2.00 petang. Apa-apapun perut kena isi dulu...


Nasi minyak dan daging salai masak lomak

Sebenarnya Ustazah Hazlina ini mengajar di sekolah agama dan pernah mendidik Along dan sekarang menjadi guru kelas Angah dan kakak. SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZAH!


Senyum...

Hantaran

Hadiah untuk pengantin

Bungkusan makanan daripada ibu pengantin

Ketika perjalanan pulang sempatlah Umi mengambil gambar Pekan Juasseh. Kampung Nubhan...


Papan tanda Juasseh...CAYALAH!

Papan tanda ke Kuala Pilah di Pekan Juasseh

Friday, November 21, 2008

Rakanku Sang Rimau

Sang Rimauku...

Anak-anak Umi nampak gembira hari ini. Tentulah, mereka baru beralih ke akaun simpanan baru. Dapat tabung lagi tu...Senang sikit, akaun bank mereka sama dengan Umi dan suami. Tak macam sebelum ni, lain-lain bank. Lepas ni rajin-rajinlah menyimpan ye untuk masa depan!!!


Yep! Yep! Hooray...

Thursday, November 20, 2008

Semuanya Selamat


Alhamdulillah, anak saudara Umi yang ditimpa kemalangan itu telah selamat menjalani pembedahan di kakinya. Hampir enam jam dia berada di bilik pembedahan. Syukur, semuanya selamat!



Wednesday, November 19, 2008

Kami Tewas!


Kata putus ke Cameron Highland hanya dibuat tidak semena-mena! Itupun setelah cadangan dibuat suami Umi pada tengahari tadi. Kami sekeluarga bertolak ke sana pada pukul 12.30 selepas Umi dan suami ke sekolah kakak dan Angah untuk tandatangan buku laporan peperiksaan akhir tahun.

Trafik masa ni ok lagi

Cuaca tidak menentu. Sekejap panas, mendung dan hujan renyai. Disusuli pula hujan lebat. Keadaan jalan amat licin. Tambahan pula kerja-kerja pembaikan lebuhraya dilakukan waktu itu amat menganggu kelancaran kenderaan. Bahaya sekali kalau tidak cekap memandu!!!

Hujan dah mula turun

Ketika sampai berhampiran Bidor, ternampak abang polis sedang merakam kelajuan kenderaan. "Rasanya macam kena aje", kata suamiku. Rupa-rupanya hanya gambar abang polis yang memperdayakan pemandu lebuhraya. Terkena juga suamiku... he..he..he..

Macam betul aje...


Kami berehat hampir sejam di Hentian Tapah. Hujan turun agak lebat ketika itu. Basah jugak le baju kami!!! Ok.. kita makan dulu.



Perjalanan kami diteruskan meskipun agak terlewat. Memilih menu, makan-makan dan berbual-bual ni rupanya masa berjalan tanpa disedari.


Mee goreng untuk adik

Nasi ayam untuk Along, Angah dan kakak

Nasi campur untuk diriku dan suami

Sampai di Cameron Highland, suamiku terus memandu ke Pusat Teh Sungai Palas. Di situ terletak kilang memproses daun teh. Kita boleh melawat sekitar kilang dan melihat cara-cara pemerosesan daun teh secara dekat. Selain itu, kita juga dapat melihat panorama ladang teh sambil menikmati kehangatan minuman teh. Kelass...gitu!


Simpang ke Pusat Teh Sungai Palas

Rupanya kami tertewas dek waktu. Hanya setengah jam waktu membataskan kami untuk masuk ke kilang teh itu. Apakan daya! Hampa saja! Kami tiba jam 5.00 petang dan jalan ke kilang itu sudah ditutup.

Seluas laut menghijau

Daun teh dari dekat

Jadi kami pun hanya dapat bergambar di lereng bukit ladang teh. Apa lagi aiyooh.....suamiku..anak-anakku...kita posing dulu.

Anak-anakku


Keluargaku

Umi dan kakak

Posing lagi

Hujan mula turun renyai-renyai. Walaupun jam melewati pukul 6.30 petang, cuaca makin gelap dan sejuk gile...Kami sekeluarga sempat juga membeli sayur-sayuran dan sedikit cenderahati untuk kenangan.

Deretan kedai menjual sayuran

Payung merah menyala...

Strawberi pun ada...

Sempat lagi ni berposing gitu..

Hari dah semakin meniti malam. Hujan turun dengan lebat sekali. Kereta kami juga melusuri turun dari pusat peranginan terkenal itu. "Jika kali ini kami tewas, lain kali kami akan menang jugak," bisik kata hati memasang angan-angan sambil merenung deraian hujan di cermin kereta.