The Greatest Wealth Is Health

The Greatest Wealth Is Health

Sunday, February 21, 2010

Hari Sukan 2010


Sekolah Kakak dan Abang Chik mengadakan sukan tahunan hari ini. Namun kedua-duanya tidak mengambil bahagian: mereka cuma menyertai acara sukaneka yang diadakan dua hari lalu.

Bagaimanapun, Angah amat teruja sekali untuk mengikuti perkembangan sukan sekolah lamanya itu. Awal pagi lagi, berbekalkan kamera Abah, dia dan beberapa rakan-rakannya yang sekarang berada di Tingkatan 1 sudah pun betapak di padang sekolah untuk turut sama-sama memeriahkan acara tahunan tersebut.

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam oleh Angah.




















Friday, February 19, 2010

Sukaneka 2010


Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-9 akan diadakan pada hari Ahad ini di sekolah Kakak dan Abang Chik. Namun begitu acara sukaneka telah berlangsung pada hari ini.

Kakak mendapat tempat ke-4 dan Abang Chik mendapat tempat ketiga dalam acara yang disertai mereka pada pagi dan petang tadi.



Monday, February 15, 2010

Jalan-Jalan Ke Proton City


Sempena cuti Tahun Baru Cina semalam, Abah bawa anak-anak semua melawat rumah sepupu mereka di Proton City, Perak. Rasanya dah bertahun jugalah kami tak ke sana.

Cuaca di Proton City pada hari itu panas terik, dan keadaan sekitaran membayangkan yang hujan sudah agak lama tak turun.

Hah... itu pun rumah yang hendak dituju.

Lega bila berada di dalam rumah. Taklah panas macam kat luar tu.

Diam tak diam, dah tiba masa untuk pulang. Eh apa yang ramai-ramai ni sedang buat ye?

Posing lah. Kan Mak Ngah nak rakam gambar-gambar kenangan tu.

Sebelum pulang, kami semua singgah di tempat ni... Bab makan ni biasalah.

Menarik juga tempat ni. Makanan barat ada...

Juadah tempatan pun ada.

Ada yang order chicken chop dan ada yang memilih steak.

Ada yang memilih hidangan tempatan seperti nasi goreng dan mee bandung.

Sedap kan? Kan?

"Tengok aje pun dah membuka selera ni..." Agaknya itulah bisik Angah di dalam hatinya.


Thursday, February 4, 2010

Mengejar Cita-Cita


Kalau bulan lepas Angah, dua hari lepas (2 Februari) Along pula mendaftar diri untuk belajar di SBP dan kini tinggal di asrama. Cuma Abah yang pergi menghantar Along kerana hari tersebut ialah hari bersekolah bagi adik-adiknya.




Padang sekolah dijadikan tempat parkir kenderaan ibu-bapa.


Wah! Ini rupanya tangga blok pejabat yang terpapar dalam laman web sekolah tu ...


Mendaftar masuk sekolah.


Berbaris untuk membayar yuran asrama.


Kemudian mendaftar kelas pula. Kena bayar lagi... Ha! Ini agaknya guru kelas Along.

Nampaknya dah tiba masa untuk lantai kelas ni diperbaiki...

Kemudian beredar ke Dewan Putera pula untuk mendengar taklimat yang disampaikan pengetua kepada ibu-bapa dan murid-murid baru.


Tekun Along mendengar...

Di samping itu dapat berkenalan dengan rakan baru.

Kemudian ke kaunter koperasi sekolah untuk mendapatkan keperluan asrama. Lepas tu mendapatkan nombor dorm dan seterusnya nombor katil.

Along dapat rumah merah, maka dormnya pun berwarna merah juga.






Ini pula kantin sekolah.