Sunday, February 22, 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2008


Semalam telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2008 di sekolah Angah dan kakak. Umi dan adik turut menyaksikan kakak dan Angah merangkul Hadiah Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas Tahun 2 dan 5 serta Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Islam untuk kakak dan Sains untuk Angah. Tahniah Umi ucapkan. Semoga lebih cemerlang lagi hendaknya.

Pada majlis tersebut kakak mengambil bahagian persembahan koir dengan lagu Gemuruh dan Batik. Sebelum itu, Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan.


Mesyuarat Agong PIBG

Lagu Gemuruh

Lagu Batik

Kakak terima hadiah

Angah dengan hadiahnya...congrats!!!

No comments: