Sunday, June 7, 2009

Komuter + Terminator

Anak-anak gembira betul hari ini. Umi bawa mereka ke Stesen Komuter UKM.

Tapi bukan naik yang ini... Ini ke Seremban.

Kita tunggu lagi.

Ha... yang ini baru betul. Mari naik anak-anak!

Penuh pulak... Penatlah berdiri Umi, keluh anak-anak.

Adik pun bosan, cuma bersandar kat Abah aje... Jealous benar dia tengok penumpang lain tu dapat duduk agaknya.

"Hah! Kita dah dekat ni!" Agaknya itulah kata hati Angah apabila menuding jarinya ke arah peta laluan Komuter.

Kami turun di Stesen Mid Valley.

Dan terus meluru ke mana ye? Golden Screen Cinemas la!


Wah! Ramainya orang beratur nak beli tiket... Mula-mula anak-anak nak tengok Night at the Museum 2, tetapi kerana full house sampai petang, kita pun buat pilihan kedua, iaitu...


Habis aje show, kita pun rush semula ke stesen Komuter. "Cepat anak-anak, kejap lagi keretapi sesak ni!" seru Umi.

Tu pun Komuter sampai.

Komuter dah sesak macam sardin pun... Berdiri lagi!

No comments: