Sunday, October 4, 2009

Along Bertemu Along

Kami menghadiri jamuan Hari Raya bersama keluarga kakitangan NSTP semalam.

Dah kebiasaan di jamuan seperti ini, tentulah ada duit raya untuk kanak-kanak. Adik dan Kakak tak ketinggalan berbaris sama untuk menerima duit raya.

Ramai juga yang menderma kepada tabung bencana, yang antaranya ialah untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Pelbagai juadah dihidangkan. A&W ada, sate ada, nasi tomato pun ada. Macam-macam lagi ada.

Yang datang sungguh ramai, dan berbilang kaum pula. Ini pun 1Malaysia jugalah kiranya.

Artis pun ada dijemput untuk menghiburkan yang hadir dan menggamatkan suasana. Antara mereka ialah kumpulan Cham yang menjadi naib juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lepas.

Sporting juga kedua-dua anggota Cham ni - Along dan Azrul. Sudi mereka bergambar dengan Along, Angah, Kakak dan Adik. Eh, Along jumpa Along lah!

"Memang best," kata Adik.

Kenyang dah, terhibur dah, kami pun beredarlah...

No comments: