Friday, November 20, 2009

Lagi Tahniah Angah!


Sambutan Hari Kanak-Kanak telah dianjurkan oleh sekolah Angah pagi tadi. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah persembahan pentas oleh murid-murid dan juga guru-guru.

Kemuncaknya ialah penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahun 6 yang tamat bersekolah rendah pada hari ini.

Dan syabas kepada Angah yang diumumkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak Lelaki Tahun 6.

Angah bergambar bersama trofi kecil, sijil dan hadiahnya setibanya di rumah

No comments: