Monday, July 16, 2012

Pertandingan Catur

15 Julai.

 Umi bangga dengan kebolehan Kakak dan Achik bermain catur. Siang tadi mereka mengambil bahagian dalam satu pertandingan catur bagi peringkat umur bawah 12 tahun.


 Ramai ibubapa yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka.



Syabas untuk Kakak kerana memenangi empat perlawanan dan tewas satu sahaja. 

Achik lebih bernasib baik kerana memenangi kesemua lima perlawanan. Tahniah! 


Apa? Adik pun nak masuk bertanding juga?

No comments: