Sunday, December 29, 2013

Reunion Selepas Hampir Dua Dekad

28 Disember.

Setelah hampir dua dekad tidak bertemu, peluang untuk bersua semula rakan-rakan sekerja lama tidak mungkin Umi lepaskan. Begitu sebak rasa di hati apabila seorang demi seorang muncul di depan mata. 

Kami berpelukan erat, hati hanya tuhan saja yang tahu betapa kami merindui antara satu sama lain. Dek lama tidak berjumpa ada di antara kami yang berubah daripada segi fizikal namun ada yang masih maintain... hehehe.

Sebilangan besar pula sudah beralih dari kerjaya lama malah ada yang sudah pencen dan ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa termasuk Umi le tu.

Mengimbau kembali kenangan-kenangan lama menjadi topik perbualan utama kami dan Umi rasa masa berlalu begitu singkat sekali. Bilalah agaknya kami akan bersua kembali. 











Dahulu...

   Sekarang...


Bergambar bersama ex-boss kami















Ayu sungguh kami...


 Now still maintain... peace yoo!!! wakaka...


No comments: