Thursday, February 4, 2010

Mengejar Cita-Cita


Kalau bulan lepas Angah, dua hari lepas (2 Februari) Along pula mendaftar diri untuk belajar di SBP dan kini tinggal di asrama. Cuma Abah yang pergi menghantar Along kerana hari tersebut ialah hari bersekolah bagi adik-adiknya.




Padang sekolah dijadikan tempat parkir kenderaan ibu-bapa.


Wah! Ini rupanya tangga blok pejabat yang terpapar dalam laman web sekolah tu ...


Mendaftar masuk sekolah.


Berbaris untuk membayar yuran asrama.


Kemudian mendaftar kelas pula. Kena bayar lagi... Ha! Ini agaknya guru kelas Along.

Nampaknya dah tiba masa untuk lantai kelas ni diperbaiki...

Kemudian beredar ke Dewan Putera pula untuk mendengar taklimat yang disampaikan pengetua kepada ibu-bapa dan murid-murid baru.


Tekun Along mendengar...

Di samping itu dapat berkenalan dengan rakan baru.

Kemudian ke kaunter koperasi sekolah untuk mendapatkan keperluan asrama. Lepas tu mendapatkan nombor dorm dan seterusnya nombor katil.

Along dapat rumah merah, maka dormnya pun berwarna merah juga.






Ini pula kantin sekolah.

No comments: