Monday, February 15, 2010

Jalan-Jalan Ke Proton City


Sempena cuti Tahun Baru Cina semalam, Abah bawa anak-anak semua melawat rumah sepupu mereka di Proton City, Perak. Rasanya dah bertahun jugalah kami tak ke sana.

Cuaca di Proton City pada hari itu panas terik, dan keadaan sekitaran membayangkan yang hujan sudah agak lama tak turun.

Hah... itu pun rumah yang hendak dituju.

Lega bila berada di dalam rumah. Taklah panas macam kat luar tu.

Diam tak diam, dah tiba masa untuk pulang. Eh apa yang ramai-ramai ni sedang buat ye?

Posing lah. Kan Mak Ngah nak rakam gambar-gambar kenangan tu.

Sebelum pulang, kami semua singgah di tempat ni... Bab makan ni biasalah.

Menarik juga tempat ni. Makanan barat ada...

Juadah tempatan pun ada.

Ada yang order chicken chop dan ada yang memilih steak.

Ada yang memilih hidangan tempatan seperti nasi goreng dan mee bandung.

Sedap kan? Kan?

"Tengok aje pun dah membuka selera ni..." Agaknya itulah bisik Angah di dalam hatinya.


No comments: