Tuesday, March 2, 2010

Restoran Warisan


Dalam perjalanan pulang selepas ke sekolah Angah Sabtu lalu, kami singgah di tempat ini.



Menarik kan Kakak?

Kemudahan yang disediakan pun elok. Inilah tandas lelaki.

Yang ini pula surau.

Kedai cenderahati pun ada.

Restorannya terletak berhampiran sawah padi. Saujana mata memandang...

Ada orang-orang pulak tu. Tetapi takut ke sang burung kepada lembaga tersebut pada zaman ini ye?

Eh... Kakak pun ikut posing macam orang-orang juga?

Suasana dalam restoran tak kurang hebatnya.

Begitu juga makanannya... Tetapi Abang Chik kelihatan seperti tak berapa berselera aje?

Menarik juga pemandangan di sini apabila matahari hampir tenggelam.

No comments: