Saturday, March 6, 2010

Tuah Yang Bertuah!


Hari ini merupakan Hari Sukan Tahunan Ke-7 sekolah Along. Di bawah cuaca yang panas terik, acara sukan tersebut berjalan dengan lancar sekali.

Rumah pasukan Along ialah rumah Tuah (Merah). Along mengambil bahagian dalam acara lari berganti 4x100 (heavyweight), tarik tali akhir dan perbarisan.

Along sedang bersiap sedia untuk acara 4x100.


Macam mendahului peserta-peserta lain ni...

Ramai jugalah ibu bapa dan sanak saudara yang hadir untuk memberi sokongan moral.

Adik juga tidak ketinggalan.

Ada juga persembahan kumpulah sorak. Yang ini mewakili rumah Tuah.

Yang ini kumpulan sorak rumah Jebat.

Ini wakil rumah Kasturi.

Ini pula kumpulan rumah Lekir, yang akhirnya dinobatkan sebagai juara kumpulan sorak.

Along dan rakan-rakanya memanaskan badan untuk acara tarik tali pula.

Satu... dua... tarik! Tak apalah Along, tempat kedua pun kira OK.


"Para pelajar sekelian... Selepas ini Cikgu akan mengambil bahagian dalam acara 8x50. Sila perhatikan cara berlari yang sebenar!" kata Tuan Pengetua. Sebenar yang dimaksudkan beliau ialah cara yang betul... Betul ke Cikgu?

Acara terakhir merupakan acara perbarisan. Along di depan sekali rupanya.

Kemas perbarisan rumah Tuan ni. Lantas dihakimi sebagai pasukan terbaik acara tersebut.




Berkumpul untuk upacara penutup.

"Memang tak semua orang ada bakat bersukan. Tetapi kita dapat perhatikan yang semua orang ada peranannya dalam hidup mermuafakat dan berkerjasama." Lebih kurang begitulah pesan Tuan Pengetua.

Dan juara keseluruhan ialah... Kasturi. Rumah Along pula di tempat kedua. OK juga tu.


"Along rasa macam nak cramp tadi," lapor Along tatkala mengimbau detik-detik dia memecut dalam acara 4x100.

No comments: