Thursday, December 13, 2012

Taman Buaya

Petang 5 Disember.

Terdapat lebih 1,000 ekor buaya di Taman Buaya Langkawi.

Dalam pelbagai peringkat umur. 

 Dan pelbagai spesis.

Inilah antara buaya yang terbesar di taman tersebut. Beratnya dikatakan melebihi satu tan.

Ianya merupakan "bintang utama" dalam pertunjukan yang diadakan untuk pengunjung setiap hari.

Persembahan yang diadakan termasuklah mengosok gigi buaya.

Dan memasukkan tangan ke dalam mulut haiwan tersebut.


 Ada juga acara memberi makanan kepada buaya.






 Sebelum beredar, kami singgah di kedai menjual cenderahati, termasuk yang diperbuat daripada kulit buaya.

                                       
Selepas itu, kami minum petang di Pantai Kok, yang kini terkenal dengan rojak, mee rebus dan laksanya.

No comments: