Friday, December 14, 2012

Telaga Air Hangat

6 Disember.

 Selesai bersarapan, kami bersiar-siar disekitar hotel penginapan. Nyaman sungguh udara pagi di tepi laut.




 Selepas itu, kami menuju ke Kompleks Telaga Air Hangat.

 Inilah telaga air hangat yang asal. Kini sudah ada beberapa lagi telaga yang lain terletak berhampiran. Yang menarik tentang telaga di sini ialah airnya yang masin, walaupun lokasinya agak jauh di pedalaman dan tidak berhampiran pantai.  



 Persekitaran di sini sudah mula dihias dengan landscape yang agak kemas dan menarik.


  

 Seronok juga kami merendam kaki di dalam air yang panas.

Pasangan pelancong dari Berlin ini turut bersetuju.  

 Seperti di pusat pelancongan yang lain, kompleks telaga air hangat ini turut dilengkapi dengan kedai-kedai menjual cenderahati. Kain baju pun ada dijual juga.



 Umi tak kisah...

No comments: