Saturday, November 22, 2008

Ustazah Naik Pelamin

Setiap hari kakak bertanya pada Umi jadi atau tidak kami ke majlis perkahwinan ustazahnya. Apabila tiba hari yang dinanti, kakak sungguh teruja!!!

Sebenarnya perasaan kami pun sama kerana tempat berlangsung majlis perkahwinan itu tidak pernah kami jejaki. Felda Lui Muda, Bandar Sri Jempol. Tentu ini satu pengalaman baru apabila perjalanan kami nanti hanya berpandukan sekeping kad jemputan. CAYALAH!!!
Kami bertolak pukul 10.30 pagi. Anggaran masa tiba di sana sebelum pukul 1.00 maka sempatlah kami melihat ustazah bersanding.

Kami memasukki Tol Senawang dan terus menuju ke Bandar Kuala Pilah. Perjalanan kami agak tersangkut-sangkut dek kenderaan yang banyak dan jalan berbukit ke Ulu Bendol.

Masa ni yang paling letih....ke Ulu Bendol

Selamat Datang Ke Kuala Pilah

Kami menarik nafas lega apabila tiba ke Bahau namun tidak lama kemudian baru kami sedari rupanya haluan kami tersasar menghala ke Gemas. Terpaksalah berpatah balik sambil meninjau papan tanda di kaki jalanraya.

Memang benar simpang yang sepatutnya kami masukki sudah terlepas. Eeemmmmm..... nampaknya masa kami terbuang begitu saja. Apabila sampai di Bandar Sri Jempol, kami menghela nafas lega. Betullah jalan ni...


Mercu Tanda Za'aba di Bandar Sri Jempol

Akhirnya kami sampai ke rumah ustazah pada pukul 2.00 petang. Apa-apapun perut kena isi dulu...


Nasi minyak dan daging salai masak lomak

Sebenarnya Ustazah Hazlina ini mengajar di sekolah agama dan pernah mendidik Along dan sekarang menjadi guru kelas Angah dan kakak. SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZAH!


Senyum...

Hantaran

Hadiah untuk pengantin

Bungkusan makanan daripada ibu pengantin

Ketika perjalanan pulang sempatlah Umi mengambil gambar Pekan Juasseh. Kampung Nubhan...


Papan tanda Juasseh...CAYALAH!

Papan tanda ke Kuala Pilah di Pekan Juasseh

1 comment:

Anonymous said...

Cayalah....