Sunday, November 9, 2008

Pokok Oh! Pokok

Serai Oh! Seraiku

Hari minggu ni, rasa macam malas nak buat semua kerja. Tapi bila tengok di halaman yang sekangkang kera tu.... pokok kunyit, pandan, kesom dan lain-lain tu macam melambai-lambai untuk dibelai.


Daun kunyit ni slim aje macam tuannya

Pandan untuk aroma masakan


Sekurang-kurangnya berbudi kepada tanah ni...memberi pulangan juga kepada tuannya... he..he..he..

Bunga kantan untuk laksa...jimat sikit tak perlu ke pasar

Cili api pun ada

Daun limau purut...tengok-tengok kalau ada ulat!

Dah besar pokok kariku!

Ulam pegaga!

Daun kesom... masak asam pedas jadi sodap!

2 comments:

Anonymous said...

banyaknye pokok bunge umi...

Anonymous said...

apalah hatta ni... serai, limau purut to jenis bunga ke? yang kantan tu mungkinlah kerana namanya bunga kantan, itu pun tak sempat berbunga, umi dah cantas buat laksa...