Wednesday, November 19, 2008

Kami Tewas!


Kata putus ke Cameron Highland hanya dibuat tidak semena-mena! Itupun setelah cadangan dibuat suami Umi pada tengahari tadi. Kami sekeluarga bertolak ke sana pada pukul 12.30 selepas Umi dan suami ke sekolah kakak dan Angah untuk tandatangan buku laporan peperiksaan akhir tahun.

Trafik masa ni ok lagi

Cuaca tidak menentu. Sekejap panas, mendung dan hujan renyai. Disusuli pula hujan lebat. Keadaan jalan amat licin. Tambahan pula kerja-kerja pembaikan lebuhraya dilakukan waktu itu amat menganggu kelancaran kenderaan. Bahaya sekali kalau tidak cekap memandu!!!

Hujan dah mula turun

Ketika sampai berhampiran Bidor, ternampak abang polis sedang merakam kelajuan kenderaan. "Rasanya macam kena aje", kata suamiku. Rupa-rupanya hanya gambar abang polis yang memperdayakan pemandu lebuhraya. Terkena juga suamiku... he..he..he..

Macam betul aje...


Kami berehat hampir sejam di Hentian Tapah. Hujan turun agak lebat ketika itu. Basah jugak le baju kami!!! Ok.. kita makan dulu.



Perjalanan kami diteruskan meskipun agak terlewat. Memilih menu, makan-makan dan berbual-bual ni rupanya masa berjalan tanpa disedari.


Mee goreng untuk adik

Nasi ayam untuk Along, Angah dan kakak

Nasi campur untuk diriku dan suami

Sampai di Cameron Highland, suamiku terus memandu ke Pusat Teh Sungai Palas. Di situ terletak kilang memproses daun teh. Kita boleh melawat sekitar kilang dan melihat cara-cara pemerosesan daun teh secara dekat. Selain itu, kita juga dapat melihat panorama ladang teh sambil menikmati kehangatan minuman teh. Kelass...gitu!


Simpang ke Pusat Teh Sungai Palas

Rupanya kami tertewas dek waktu. Hanya setengah jam waktu membataskan kami untuk masuk ke kilang teh itu. Apakan daya! Hampa saja! Kami tiba jam 5.00 petang dan jalan ke kilang itu sudah ditutup.

Seluas laut menghijau

Daun teh dari dekat

Jadi kami pun hanya dapat bergambar di lereng bukit ladang teh. Apa lagi aiyooh.....suamiku..anak-anakku...kita posing dulu.

Anak-anakku


Keluargaku

Umi dan kakak

Posing lagi

Hujan mula turun renyai-renyai. Walaupun jam melewati pukul 6.30 petang, cuaca makin gelap dan sejuk gile...Kami sekeluarga sempat juga membeli sayur-sayuran dan sedikit cenderahati untuk kenangan.

Deretan kedai menjual sayuran

Payung merah menyala...

Strawberi pun ada...

Sempat lagi ni berposing gitu..

Hari dah semakin meniti malam. Hujan turun dengan lebat sekali. Kereta kami juga melusuri turun dari pusat peranginan terkenal itu. "Jika kali ini kami tewas, lain kali kami akan menang jugak," bisik kata hati memasang angan-angan sambil merenung deraian hujan di cermin kereta.


No comments: