Sunday, November 16, 2008

Moga Cepat Sembuh!



Ketika itu hujan lebat, Umi sekeluarga singgah di Kopitiam. Ia hanyalah kebetulan sahaja. Nak tahu di mana?



Sebenarnya, Umi melawat anak saudara yang ditimpa kemalangan di sebuah hospital. Kecederaan yang dialaminya memungkinkan dia ditahan di hospital agak lama. Umi berasa sedih kerana ia berlaku ketika dia masih lagi menduduki peperiksaan di kolejnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tentu dia lagi berasa sedih dengan keadaan itu. Namun, di waktu begini kesihatan diri perlu diutamakan. Moga dia tabah... Umi doakan agar cepat sembuh dan dapat meneruskan kuliah seperti biasa.


No comments: